My New FamilY @ SKS7 Shah Alam

In Progress

salam semua sahabat....
Harap maaf semua......ana punya blog dalam proses baik pulih....yang lama dah boring tgk..hehehe...buat yang baru...yang baru ni ana harap sahabat2 dapat bagi komen tentang susun atur dan apa2 yang patut dikomen bagi tujuan penambahbaikan.kalau ada idea2 yang baru untuk penambahbaiakn blog ana ni...kongsi2 la sahabat2.harap sahabat2 dapat berikan komen sebaik mungkin.

Sedar DAri MimPi Yg PAnjANG

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.........
ucapan salam buat rakan bloger, terutama yang berada diperantauan negeri dibawah bayu...saya sebenarnya sudah lama tidak menekan butang keyboard untuk menulis diruangan blog yang sudah sekalian lama saya lupakan...tetapi atas dasar kesedaran yang terbit dari lubuk hati yang sedih dan kecewa, telah membuatkan hati rasa membuak2 untuk kembali menulis dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pejuang islam ( walaupun secara kecil-kecilan ).. sebagaimana kita semua ketahui, kita adalah khalifah di bumi ALLAH yang diciptakan sementara untuk kita mencari sebanyak mungkin ibadah bagi menjadi bekal kepada kita dalam perjalanan menemui YANG MAHA PENCIPTA...rentetan dari itu, kita hendaklah menyesuaikan diri kita di bumi ALLAH ini dengan sebaik mungkin.apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Islam atau lebih tepat lagi adalah kerana ALLAH.oleh sebab itulah saya terpanggil untuk sedikit mengulas tentang kekecamukan yang berlaku dalam kepimpinan kita ( PAS ). apa yang berlaku sekarang telah membuatkan saya amat berasa sedih..sedangkan apa yang kita tahu, pemimpin2 kita ini adalah dari golongan yang tinggi ilmunya, terutama ilmu agama.adakah mereka tidak mengetahui UMNO itu adalah membawa dasar retorik semata2.apakah tidak terpikir di pikiran mereka bahawa UMNO sekadar mempersendakan dasar yang dibawa oleh PAS.apakah kita masih lagi hendak bersatu dalam memperjuangkan islam dengan mereka??????mereka tetap dengan dasar mereka dan tidak akan berubah dengan dasar itu semata2 ingin bersatu dengan PAS. sedarlah wahai setengah2 pemimpin2 kita yang ada hati utk bersatu dengan UMNO.ternyata sejarah menunjukkan bahawa penyatuan yang berlaku antara PAS-UMNO pada akhirnya akan menemui kegagalan. dan pada dasarnya ia banyak merugikan PAS.mana tidaknya, penyokong2 PAS yang telah lama bersama2 dengan pimpinan kita dalam memperjuangkan islam akan lari meninggalkan PAS. hanya yang tinggal adalah golongan yang berjuang dalam PAS yang mengharapkan JAWATAN atau KUASA semata2.fikirlah wahai pimpinan2 PAS...adakah anda ingin melihat sejarah berulang kedua kalinya.....jangan jadikan kepentingan sendiri melebihi kepentingan islam yang dibawa kesana kemari bersama jawatan yang dipegang.jangan jadikan orang2 bawahan serta penyokong PAS berasa tidak senang duduk dengan tingkah laku serta agenda yang dibawa yang tidak membawa ape2 kebaikan kepada PARTI dan rakyat.lebih baik anda teruskan perjuangan yang dikehendaki oleh AL-QURAN seperti yang dicanang oleh Mursyidul AM kita iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA).mujurlah perkara ini disedari lebih awal oleh TGNA. beliau telah banyak memikirkan kemungkinan yang akan berlaku jika perkara ini tidak diambil tindakan.sebab itulah beliau telah mencadangkan muktamar KHAS supaya perkara ini dapat diselesaikan.ini adalah kerana kedegilan yang ditunjukan satu dua kerat pemimpin kita yang tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh TGNA supaya kita tidak bercakap tentang kerajaan perpaduan apatah lagi bersekongkol dengan UMNO untuk mewujudkannya...ini adalah sedikit luahan hati seorang yang bergelar ahli PAS.yang mana tidak senang duduk dengan kemelut yang berlaku...oleh itu, wahai sahabat2 blogger marilah kita duduk menadah tangan kepada ALLAH agar pimpinan kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH dan tidak membuat sebarang keputusan yang membabi buta yang boleh merugikan kita khususnya dan islam itu sendiri pada amnya.. INSYAALLAH.......

Aku Kembali ke BloGer







assalamualaikum semua..............



pertama sekali aku panjatkan kesyukuran ke hadrat ALLAH swt kerana masih lagi diberi ruang untuk berkongsi ape2 yang boleh dikongsi dengan sahabat blogger semua.buat pengetahuan semua, aku sudah dapat pertukaran ke semenanjung malaysia. aku sekarang dekat SK Seksyen 7, Shah Alam. Murid dekat sekolah ni lebih kurang 1700 orang. gurunya plak lebih kurang 80 0rang. banyak perubahan yang aku rasa kat cn berbanding dengan sekolah lama dulu. Dulu aku kat SK Bukit GAram, Kinabatangan, Sabah. Kat sana, muridnya lebih kurang 500 orang. gurunya dalam 30 orang. Tapi, walaumacam mana pun,hati aku masih lagi di SK bukit Garam, Walaupun Jasad aku d sekolah baru. walaupun begitu, aku akan tetap meneruskan perjuangan ku mendidik anak bangsa yang semakin hari tugas kami sebagai guru, amat mencabar.........lihatlah sahabat2 sedikit gambar sekolah baru aku

MAKAN-TULANG@PASTI
















Jangan terkejut semua sahabat2 blogger.........geng kami makan tulang,bukan lagi makan daging...hahahahahaha....LOOK HERE OK..........

Gambar Sekitar Muktamar Dewan Penuda Pas Negeri Sabah






pada 1 - 3 mei baru2 ni, kinabatangan telah menjadi tuan rumah kepada muktamar DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH. aku ditugaskan sebagai jong dapur kata orang kelantan atau pun tukang masak. tapi bukan aku yang masak la.aku tolong2 mn yang boleh. tapi memang di dapur je la keje aku. muktamar ni telah dirasmikan oleh YB Datuk Paduka Husam Musa....beliau datang lebih kurang 2 ari. ari khamis beliau adakan ceramah di hotel sanbay di sandakan. keesokkannya baru beliau datang ke kinabatangan untuk merasmikan muktamar DPPS. penat jugak sepanjang 3 ari tu. tapi tak pe demi menegakkan ISLAM, aku sanggup bersengkang mata. TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

KEM MOTIVASI 2009
















Perlukan sumbangan anda


Suatu ketika dahulu di Kinabatangan, pendidikan yang berbayar setiap bulan seperti yang diamalkan PASTI agak ganjil kerana masyarakat biasa dihidangkan dengan pendidikan percuma malah pihak pengendali pula yang membayar kepada ibubapa pelajar dalam bentuk subsidi dan insentif. Sekarang pemikiran masyarakat sudah berubah. Mereka sanggup berkorban untuk mendapat pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Selain PASTI yang terus mendapat sambutan, kelas-kelas Tuisyen, kelas Mengaji dan Bahasa Arab juga semakin mendapat sambutan.PASTI Darul Ulum yang merupakan PASTI pertama di Kinabatangan telah diwajahkan dengan kolam ilmu sesuai dengan namanya bakal berkembang ke kampung-kampung lain di daerah Kinabatangan. Permintaan masyarakat semakin tinggi dan mendesak, cuma pihak pengurusan masih memerlukan masa untuk mengurus keperluan-keperluan tertentu. Setakat ini 2 PASTI Baru bakal dibuka di Sukau dan Sentosa Jaya.InsyaAllah, sesi pembelajaran akan dimulakan Jun ini.Kami memerlukan sokongan dan dokongan ahli jemaah untuk sama-sama mendoakan usaha ini berjaya dan kami dapat melepasi halangan-halangan yang yang bakal dan sedia ada.
PASTI Kawasan Kinabatangan memohon sumbangan dana bagi tujuan membina Bangunan tambahan untuk menampung pembukaan PASTI di Kinabatangan. Segala sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank Ust Zaidi Mustafa 114348082551 (PASTI Kinabatangan belum mempunyai akaun). Semoga sumbangan anda bakal menyemarak pendidikan Islam di Kinabatangan khususnya dan Sabah amnya.Terima kasih.

Ujian YG MAHA ESA

pada 28 februari lalu, akumenerima panggilan dari isteriku.....tapi panggilan ini amatlah perit bagi ku, apatah lagi bagi isteriku. aku diberitahu oleh isteriku yang dia telah turun darah.aku amatlah terkejut dengan situasi ini.sedih bercampur cemas..ape taknye, dah la aku jauh dari isteriku.lepas tu perkara macam ni lak berlaku. masa kejadian tu, usia kandungan isteriku lebih kurang 3 bulan. aku cepat2 suruh isteriku pergi klinik. aku tepon bapa mertuaku untuk bawak isteriku ke klinik.nasib baik la bapa mertuaku ade kat umah masa tu. lepas maghrib, bapa mertuaku bawak isteiku ke klinik pakar sakit puan. masuk la isteriku berjumpa dengan doktor. agak lama jugak aku menunggu paggilan dari isteriku. aku pun talipon sendiri, SUBHANALLAH.........isteriku disahkan telah keguguran oleh doktor. masa tu, lutut aku dah xleh nk menahan aku dari berdiri. aku terduduk dengan tidak semena-mena. isteriku menangis teresak2. aku hnya boleh memberikan semangat kepadanya. aku tidak dapat balik untuk memberikan sepenuh perhatian kepada isteriku. tapi alhamdulillah isteriku tidak mengalami sakit yang teruk. hanya sakit2 perut seperti datang bulan. kalau sakit teruk, sampai tidak boleh bangun, aku terus balik jugak. sebenarnya aku mau balik, tapi beberapa hari lagi aku akan balik.selepas dua hari, doc suruh isteriku pergi cuci rahim. aku suruh isteriku pergi klinik swasta. buat kat sana. bukan ape, aku mau yg terbaik untuk isteriku, sudah la aku tidak dapat berada disisi isteriku. selama lebih kurang dua jam, isteriku selamat menjalani proses mencuci rahim.alhamdulillah...............walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kepada YG MAHA ESA kerana isteriku selamat walaupun kami belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata. InsyaALLAH, lepas ni ade rezeki kami. sekarang ni, isteriku tengah pantang lagi. tapi dh xde sakit2 macm ari tu. Aku harap, aku dan isteriku kuat semangat untuk REDHA dengan ujian ALLAH ni. Kepada sahabat2 semua, aku harap dapat mendoakan kami cepat menimang cahaya mata. segala doa yang dihulurkan, hanya ALLAH sahaja yang dapat membalasnya. INSYAALLAH...........

BOLA.......BOLA.........BOLA




ari ni, daerah kinabatangan telah mengadakan pertndingan bola sepak bawah 12 tahun...aku pun bawak jugak budak aku sertai pertandingan tersebut...alhamdulillah........budak aku menang dengan menumbangkan SK Batu Puteh 2-1. Yang aku lucu, baru minit pertama gol kami sudah dibolosi..may b diaorg lambat panas....tapi sepantas kilat diaorg menyerang balik, dan dapat menyamakan kedudukan tidak sampai 3 minit pihak lawan di depan...pada minit2 terakhir tu la diaorg mnyumbat gol kemenangan. sok ade lagi satu perlawanan, kalau budak aku boleh seri pun besok dengan SK Bukit Garam II, budak aku dah boleh masuk suku akhir..harap diaorg bersemangat lagi kental besok untuk mengekang asakan lawan.he.

PenantianKU

pertama sekali aku nak teriak dulu yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.he.dalam bulan januari dulu, aku mendapat panggilan telefon dari wife aku, wife aku cakap nak g klinik. nak g cek tkut2 ade pyakit sebabnye dah dua bulan period x dtg.laps tu xde tnda2 mengandung.yang aku peliknye wife aku ni xde pun muntah2.tu yang aku bertambah risau. aku ckp g la......kalu mengandung ALHAMDULILLAH.........tapi yang aku takut masa tu 'PENYAKIT'.aku cakap kat wife aku, sok terus g la. Esoknye wife aku trus g.....DAN...........................ALHAMDULILLAH...................wife aku disahkan mengandung...tapi aku xnk la heboh2kan lagi kat blog aku ni masa tu. sebabnya masih terlalu awl. Dalam bulan awl bulan februari ari tu, wife aku risau lagi dan aku bertambah risau, dah la berjauhan. kalu korang nak tau, aku kat SABAH, wife aku kat SELANGOR. mengajar kat sana. smp mn dah cerita aku tadi????he. wife aku risau lagi, dia ckp, member2 satu sekolah sume dok tny betul ke mengandung?xde tnd2 mcm org mengandung pun.mula la wife aku risau.wife aku ckp dia nk g klinik nk buat scaning.esknya wife aku g klinik kerajaan. DOC di sana scan la, tapi xnmpk ape2. masa tu isteri aku tepon aku dan menangis.......menangis je die satu mlm.kecewa...tp DOC kerajaan tadi srh g dkt klinik swasta dkt seksyen 13 keesokannya. soknya wife aku g klinik tu.ALHAMDULILLAH.....................scan yang dibuat berjaya menampakkan bayi dan kantung dalam perut isteri aku.Di sini ada gak perkara lucu yang buat aku gelak. DOC yg scan isteri aku tu india. dah selesai scan ape sume, isteri aku ckap la terima kasih kt DOC tu.korg tau ape DOC tu ckp?."BUKAN TERIMA KASIH SAMA SAYA, TAPI SAMA TUHAN"........dah bleh senyum isteri aku masa tu.ALHAMDULILLAH........sekarang aku mnunggu untuk menjadi seorang BAPA. penantian itu satu penyiksaan...betul jugak pepatah ni.....he.sekarang ni umur BABY dalam kandungan isteri aku lebih kurang 2 bulan 2 minggu. SEKIAN..........................

LUAHAN HATI SEORANG GURU

Baru-baru ni brmcm2 perkara berlaku di sekolah aku.....Sehingga ade ibu-bapa budak datang ke sekolah...sebabnye diaorg ckp ank diaorg kn denda smp kene inject.Yang aku x puas hati tu, satu famili datang.bapa, ibu, kakak, abang dan bdak tu sendiri...budak ni baru tahun 4...budak ni mmg nakal dari tahun satu lg..sekolah aku ni dua sidang, tahun 1,2 dan 6 sidang pagi. Tahun 3,4 dan 5 sidang petang. Masa budak ni tahun 1 dan 2 dulu, mmg kami denda budak ni cukup2. Bukan ape, bukan kerana bencikan dia, tapi kerana sayangkan dia. sebabnye budak ni cerdik jugak...kami takut smp besar dia akn bersikap sedemikian.smp guru pun dia lawan...berbalik kepada cerita tadi, yang aku lucu, ibunye ni ade jmp dengan aku. Korang tau ape yang dia ckp?aku pkai loghat sabah la ye."ini la guru si ajan dulu,( maksudnye masa ank dia sekolah pagi dulu, masa tahun 1 dan 2). Dulu indak jugak si ajan dipukul, dilayan bagus-bagus lagi si ajan ni.tapi sekarang lain pulak".ape lagi masa tu aku, kembang la hidung.he.padahal kami dulu pun sm jugak...tetapi ade crnye...lepas kami denda, kami pujuk dia. kami nasihat dia baik-baik. Kami tak tinggal dia mcm tu je. kite kene belajar benda macm ni sebagai guru. takut nnt budak yang kite denda tu berdendam dengan kite dan tidak mau belajar..kite kene la gune Psikologi yang kite blaja dkat maktab dulu tu.he. Jadi kepada pelajar, orang yang mengajar, ibu bapa kepada pelajar dan sesiapa sahaja yang akan menghadapi situasi begini, pikirlah dengan bijak sebelum bertindak....Jika tiada guru yang mengajar, siapalah lg yang akan mengajar ilmu untuk anak-anak kita.Anak-anak kite inilah yang akan mentadbir negara di suatu hari nnt. Jadi biarlah mereka dididik oleh guru yang mengetahui ape yang sebenarnya berlaku disekolah yang tidak dpt diterjemahkan dengan sekali pandang sahaja. sebaliknye situasi yang berlaku disekolah belum dapat dirungkai oleh mn2 pihak, kecuali orang yang menghadapinya setiap hari. Orang berdepan dengannya setiap hari.........siapa lagi, kalu bukan GURU................fikirkanlah. Hanya coretan untuk sama-sama kite fikirkan, bukan untuk menyalahkan sesiapa.WASSALAM.......

RANCANGAN IBLIS DAN SYAITAN

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh." "Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah".pada masa sama, sibukkan diri mereka dengan hal-hal kedunian sehingga melewat-lewatkan solat diakhir waktu. "Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka," Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA melebihi pendapatan, SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG".(ceti, belian barang secara ansuran, ahlong atau credit card) lalaikanlah mereka. "Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, overtime sepanjang hari, 10 - 12 jam seminggu, ,sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka mendidik dan menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."apa yang perlu mereka difikirkan ialah Wang! Wang! dan kemewahan sepanjang waktu. "Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah." "Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini." "Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya" "Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari". "Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan. "Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka" "Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, tiada masa melayan suami dan kerenah anak-anak, buatlah mereka sering sakit kepala". "Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga" "Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat." "Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan" "Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata. "Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)." PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta." "Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???" "ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!" Wassalam ...

SIAPA LEBIH BODOH

Suatu hari dua orang kaya sedang duduk-duduk di cafe, sambil berborak kosong tentang orang gaji masing-masing.
Org kaya I: kau nak tau tak orang gaji aku tu bodoh nak mampus. Kalau tak caye lihat ni.Terus dia panggil si Adi orang gajinya."Adi, ini $10 , pergi ke kedai, dan belikan saya kereta ferrari." Adi pun menjawab dengan sopan, "Yes Sir !! Right Away !!"Terus dia bergegas kekedai yang ade jual kereta. Orang kaya I itu terus mengatakan pada kawannye tu, "tengok kan betul tu?. dia bodoh nak mampus"
Org Kaya II: "Haha, itu tak de ape-ape lagi ... .saya punya orang gaji lagi bengap".Terus si org kaya II memanggil Ali, "Ali, pergi ke rumah saya, lihat sama ada saya ada di rumah atau tidak"Ali: "Yes Sir !! Right Away !!" ali pun bergegas ke rumah tuannya.Orang kaya II memandang temanye sambil ketawa. Tidak berapa lama kemudian kedua-dua orang gaji ini bertemu ditengah jalan.
Adi: "Ehh you know, my boss is soooo stupid lah. Dia bagi aku $10 dollar dan suruh pergi beli ferrari, manalah boleh kan ari ni ari minggu tentulah kedai tutup.. "
Ali: "My boss pun stupid dum dum gak. Ada ke dia buleh suh aku balik umah tengok dia ada kat umah ke tidak..padahal dia boleh telefon kat bini dia, tanya dia ada ke tidak…."

Doa Isteri Untuk Suami

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya..
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati
suami tercinta
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Munajat Cinta Agung


Hatiku bergetarBila nama-Mu disebut, dialun
Alangkah sayunya hati
Alangkah pilunya hati
Kenangkan dosa-dosaku yg menggunung
Engkau bisa saja menghukumku
Tapi Engkau hulurkan rahmat-Mu
Menggerakkan aku mencari taubat-Mu
Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu
Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya
Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rezekiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas
Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku
Jangan Engkau tinggalkan aku Walau sesaat, atau waktu yang lebih singkat dari itu…

KURSUS BERZANJI & MARHABAN



















Kelmarin, 09/02/2009 aku telah menghadiri satu mesyuarat Majlis Tadarus Al-quran peringkat Daerah kinabatangan. Tempat mesyuarat tersebut ialah di Sek. Keb. Sukau. Kalau korang nak tgk keadaan SK Sukau n di sekitar kawasan sekolah tersebut, korg tgk2 la gmbar tu..k.


Tolong Isteri Tersayang







Hari sabtu sebelum buka sekolah ari tu, aku dengan isteri bersama sorang adik ipar aku ( adik isteri aku la yer...HEHE ) g kemas kelas untuk persekolahan sesi 2009. bukan sekolah aku.tapi sekolah isteri aku. aku tolong la ape2 yang patut..susun meja. sapu sampah, buang sampah.banyak lagi la.he. isteri aku mengajar kat selangor...sekolah rendah agama intergrasi seksyen 19...sekolahnya pun besar.budaknya lebih kurang 2 ribu orang.ramai kan????????ni ade la sikit gambar kelas yang telah siap kami sama2 kemas

ISRAEL MENGGANAS LAGI

seperti mana yang kita ketahui.....israel telah menyerang kembali palestin.ia bermula lebih kurang 2 minggu yang lalu.alasan geng laknatullah ini adalah kerana membalas bedilan yang dilancarkan oleh puak HAMMAS ke atas wilayah mereka...jadi untuk membalas serangan tersebut, mereka telah melancarkan serangan ke atas semenanjung GAZA..serangan ini dikatakan ditujukan ke atas puak HAMMAS, tetapi apa yang kita nampak di kaca2 tv, ia dilancarkan ke atas orang awam yang tidak berdosa dan yang langsung tidak mampu melawan berbanding mereka yang meggunakan berbagai senjata canggih. disebabkan itu, ia telah mengorbankan beratus nyawa yang tidak berdosa dan telah mencederakan beribu2 manusia. kanak-kanak menjadi mangsa serangan rakus geng laknatullah ini. tidakkah kita sebagai saudara seislam dengan penduduk palestin berasa rugi dengan korban serta kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak ini?ini kerana mereka lah yang akan menegakkan islam pada masa yang akan datang......jadi, sebagai umat islam seluruhnya, mari lah kita sama-sama menolong saudara seagama kita berdoa supaya mereka lebih tabah dan dilindungi oleh ALLAH dari sebarang ancaman jahat geng laknatullah ( israel )......sama2 lah kita BOIKOT barangan AMERIKA dan ISRAEL ( yahudi laknatullah )........CORETAN BUAT RENUNGAN

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH DAN TAHUN BARU MAT SALLEH

assalamualaikum w.b.r.......
Tidak terlambat rasanye untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua yang melayari blog aku ni....Terlambat wish ni sebabnya aku balik kampung cuti sekolah baru2 ni.Jd, x sempat nak update blog...Walaubagaimanapun.......aku harap kita semua lebih menjadi insan yang beriman kepada ALLAH untuk menghadapi hari2 baru yang mendatang....sebenarnya, jika datang tahun baru ni, bukan umru kita makin bertambah, tetapi ingatlah umur kita semakin pendek......sebenarnya.kita semakin mendekati mati...sesungguhya mati itu tidak dicepatkan dan dikurangkan walau seminit pun oleh ALLAH.. Justeru, kite sebagai hamba ALLAH jangan kita terlampau leka dengan kehidupan di alam tahun baru setiap tahun....sebaliknya kita sama2 la muhasabh diri adakah sudak cukup amalan kita untuk mengadap ALLAH nanti....SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH N TAHUN BARU MAT SALLEH...
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 DiLNaSZ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.