KEM MOTIVASI 2009
















Perlukan sumbangan anda


Suatu ketika dahulu di Kinabatangan, pendidikan yang berbayar setiap bulan seperti yang diamalkan PASTI agak ganjil kerana masyarakat biasa dihidangkan dengan pendidikan percuma malah pihak pengendali pula yang membayar kepada ibubapa pelajar dalam bentuk subsidi dan insentif. Sekarang pemikiran masyarakat sudah berubah. Mereka sanggup berkorban untuk mendapat pendidikan terbaik untuk anak-anak mereka. Selain PASTI yang terus mendapat sambutan, kelas-kelas Tuisyen, kelas Mengaji dan Bahasa Arab juga semakin mendapat sambutan.PASTI Darul Ulum yang merupakan PASTI pertama di Kinabatangan telah diwajahkan dengan kolam ilmu sesuai dengan namanya bakal berkembang ke kampung-kampung lain di daerah Kinabatangan. Permintaan masyarakat semakin tinggi dan mendesak, cuma pihak pengurusan masih memerlukan masa untuk mengurus keperluan-keperluan tertentu. Setakat ini 2 PASTI Baru bakal dibuka di Sukau dan Sentosa Jaya.InsyaAllah, sesi pembelajaran akan dimulakan Jun ini.Kami memerlukan sokongan dan dokongan ahli jemaah untuk sama-sama mendoakan usaha ini berjaya dan kami dapat melepasi halangan-halangan yang yang bakal dan sedia ada.
PASTI Kawasan Kinabatangan memohon sumbangan dana bagi tujuan membina Bangunan tambahan untuk menampung pembukaan PASTI di Kinabatangan. Segala sumbangan boleh disalurkan ke Akaun Maybank Ust Zaidi Mustafa 114348082551 (PASTI Kinabatangan belum mempunyai akaun). Semoga sumbangan anda bakal menyemarak pendidikan Islam di Kinabatangan khususnya dan Sabah amnya.Terima kasih.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 DiLNaSZ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.