Sedar DAri MimPi Yg PAnjANG

assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.........
ucapan salam buat rakan bloger, terutama yang berada diperantauan negeri dibawah bayu...saya sebenarnya sudah lama tidak menekan butang keyboard untuk menulis diruangan blog yang sudah sekalian lama saya lupakan...tetapi atas dasar kesedaran yang terbit dari lubuk hati yang sedih dan kecewa, telah membuatkan hati rasa membuak2 untuk kembali menulis dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pejuang islam ( walaupun secara kecil-kecilan ).. sebagaimana kita semua ketahui, kita adalah khalifah di bumi ALLAH yang diciptakan sementara untuk kita mencari sebanyak mungkin ibadah bagi menjadi bekal kepada kita dalam perjalanan menemui YANG MAHA PENCIPTA...rentetan dari itu, kita hendaklah menyesuaikan diri kita di bumi ALLAH ini dengan sebaik mungkin.apa sahaja yang kita lakukan adalah kerana Islam atau lebih tepat lagi adalah kerana ALLAH.oleh sebab itulah saya terpanggil untuk sedikit mengulas tentang kekecamukan yang berlaku dalam kepimpinan kita ( PAS ). apa yang berlaku sekarang telah membuatkan saya amat berasa sedih..sedangkan apa yang kita tahu, pemimpin2 kita ini adalah dari golongan yang tinggi ilmunya, terutama ilmu agama.adakah mereka tidak mengetahui UMNO itu adalah membawa dasar retorik semata2.apakah tidak terpikir di pikiran mereka bahawa UMNO sekadar mempersendakan dasar yang dibawa oleh PAS.apakah kita masih lagi hendak bersatu dalam memperjuangkan islam dengan mereka??????mereka tetap dengan dasar mereka dan tidak akan berubah dengan dasar itu semata2 ingin bersatu dengan PAS. sedarlah wahai setengah2 pemimpin2 kita yang ada hati utk bersatu dengan UMNO.ternyata sejarah menunjukkan bahawa penyatuan yang berlaku antara PAS-UMNO pada akhirnya akan menemui kegagalan. dan pada dasarnya ia banyak merugikan PAS.mana tidaknya, penyokong2 PAS yang telah lama bersama2 dengan pimpinan kita dalam memperjuangkan islam akan lari meninggalkan PAS. hanya yang tinggal adalah golongan yang berjuang dalam PAS yang mengharapkan JAWATAN atau KUASA semata2.fikirlah wahai pimpinan2 PAS...adakah anda ingin melihat sejarah berulang kedua kalinya.....jangan jadikan kepentingan sendiri melebihi kepentingan islam yang dibawa kesana kemari bersama jawatan yang dipegang.jangan jadikan orang2 bawahan serta penyokong PAS berasa tidak senang duduk dengan tingkah laku serta agenda yang dibawa yang tidak membawa ape2 kebaikan kepada PARTI dan rakyat.lebih baik anda teruskan perjuangan yang dikehendaki oleh AL-QURAN seperti yang dicanang oleh Mursyidul AM kita iaitu Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (TGNA).mujurlah perkara ini disedari lebih awal oleh TGNA. beliau telah banyak memikirkan kemungkinan yang akan berlaku jika perkara ini tidak diambil tindakan.sebab itulah beliau telah mencadangkan muktamar KHAS supaya perkara ini dapat diselesaikan.ini adalah kerana kedegilan yang ditunjukan satu dua kerat pemimpin kita yang tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukan oleh TGNA supaya kita tidak bercakap tentang kerajaan perpaduan apatah lagi bersekongkol dengan UMNO untuk mewujudkannya...ini adalah sedikit luahan hati seorang yang bergelar ahli PAS.yang mana tidak senang duduk dengan kemelut yang berlaku...oleh itu, wahai sahabat2 blogger marilah kita duduk menadah tangan kepada ALLAH agar pimpinan kita dapat menyelesaikan masalah ini dengan petunjuk yang dikurniakan oleh ALLAH dan tidak membuat sebarang keputusan yang membabi buta yang boleh merugikan kita khususnya dan islam itu sendiri pada amnya.. INSYAALLAH.......
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 DiLNaSZ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.