Tazkirah Hari ini

PEJAM celik, masa berubah dengan pantas dan Ramadan memasuki 7 hari terakhir. Bagi insan beriman, detik ini ditunggu sepanjang tahun untuk menggandakan ibadat mereka kerana 10 malam terakhir Ramadan memang banyak rahmatnya.

Bagi umat Islam, malam yang ‘dikejar’ ialah yang paling istimewa dan tinggi nilainya yang lebih baik daripada malam lain dikenali sebagai Lailatul Qadar, bermaksud Malam Kemuliaan.


Lailatul Qadar adalah malam yang membawa keberkatan dan fadilat tinggi. Allah menjadikan malam itu sungguh istimewa iaitu lebih baik daripada 1,000 bulan atau kira-kira 83 tahun.

Firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya kami turunkan al-Quran itu pada malam Lailatul Qadar. Tahukah engkau (wahai Muhammad) apakah malam Qadar itu? Malam Qadar itu lebih baik daripada 1,000 bulan.” (Al-Qadar: ayat 1-3)

Ibnu Majah pula meriwayatkan bahawa Anas Ibnu Malik berkata, apabila masuk Ramadan, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya bulan ini sudah datang kepada kamu satu malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Barang siapa tidak diberikan kebaikannya, maka sesungguhnya tidaklah ia diberikan kebaikan semuanya, melainkan kepada orang yang tidak diberikan apa-apa.”

Sesetengah ulama berpendapat, Lailatul Qadar hadir pada malam yang ganjil sesudah bahagian kedua daripada Ramadan, iaitu 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan dan paling diharapkan adalah malam ke-27.

Tarikh sebenar malam berkenaan sengaja dirahsiakan. Ini yang terbaik kerana membolehkan umat Islam yang menjalani ibadah puasa melengkapi 10 malam terakhir dengan pelbagai kerja berfaedah, seperti memperbanyakkan solat sunat, membaca al-Quran, laungan takbir dan tahmid.

Harus diingat, malam istimewa itu hanya muncul sekali setahun. Kita akan rugi jika terpaksa menunggu tahun depan jika mempersia-siakan 10 malam terakhir Ramadan kali ini.

Ramai yang percaya Lailatul Qadar hadir pada malam 27. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Ibnu Omar bermaksud: “Sesiapa yang ingin mengintip malam Lailatul Qadar hendaklah mengintip pada malam ke-27.”

Pada malam itu, turun Malaikat Jibril dengan izin Allah. Sejahteralah malam yang penuh berkat hingga terbit fajar. Mintalah doa kepada Tuhan pada malam itu. Insya-Allah dimakbulkan.

Menurut pendapat ulama, antara tanda malam Lailatul Qadar ialah malam itu sangat nyaman udaranya, tidak panas dan tidak dingin.

Sebagai tanda bahawa Lailatul Qadar sudah berlalu pada malamnya ialah keadaan cuaca pagi itu ketika matahari terbit akan didapati bahawa terbitnya matahari dengan bentuk yang putih bersih dan tidak mengeluarkan sinaran pancarannya yang terik.

Kata sesetengah ulama, orang yang mendapat malam Lailatul Qadar dapat melihat alam ini seolah-olah terang benderang, sekalipun di tempat gelap.

 

Guru SK Bukit Garam, Kinabatangan

Majlis Khatam Quran Peringkat Daerah Kinabatangan







Pada Tanggal 17 Ramadhan 1429 bersamaan 17 September 2008 juga sempena memperingati NUZUL AL-QURAN, Pasukan Kerja Pendidikan Islam Kinabatangan telah mengadakan Majlis Khatam Quran bagi sekolah-sekolah rendah yang mempunyai program J-qaf bagi peringkat Daerah Kinabatangan. Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang mengikuti majlis ini.Program kami bermula dari jam 4 petang hingga jam 9 malam. Kami juga berbuka puasa bersama-sama dan menjalankan solat terawih bersama-sama.Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan Tuan Haji Suharpi Bin Lasuddang dan dihadiri oleh beberapa orang Guru Besar. Aku sebagai SU program ini banyak jugak la keje yang nak disiapkan sebelum program ini dijalankan. Tapi alhamdulillah program tersebut berjalan dengan lancar. Di sini jgak aku sertakan sedikit sebanyak gambar semasa program tersebut berlangsung.......Diharap program ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang......

Honeymoon @sabahan

Pra Honeymoon

                                                                     Kinabalu Park
                                                                 Kaki Gunung Kinabalu
                                                                               Hotel
Baru-baru ni, masa cuti bulan 8, bini aku ada dtg cn. Jadi aku bwk la org tersayang ke tempat2 yang menarik kat sabah ni. Boleh dikatakan mcm honeymoon jgak la. Tapi belum betul-betul honeymoon lagi sebab masa skjap je. Aku pun kene ikut PTK masa cuti tu. Walau mcm mn pun aku gunakan masa yang ada sebaiknye dgn isteri tersayang....

Sabda Rasulullah

AWAS........



                              Yang pasti........... ini bukan ayat al-Quran.....
Semoga kita semua berhati2..... jangan sampai terbeli....dan digantung di rumah kita.
Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh org2 KAFIR ..............

Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject

Assalammualaikum Al Muslimin dan sahabat-sahabat semua....
Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada di dalam e-mail
ini...Jangan jadikan ia sebagai e-mail berantai anggaplah satu yang
penting kerana kita telah mengetahui akan pekara ini...
Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah..... Jangan terpedaya pada
rupanya sahaja tetapi tengok dan selidikilah isinya juga... tengok
keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi
dinding rumah, Hhmm.... sekali pandang macam ayat/kalimah Al-Quran...... sebenar ayat Bible

Pantun untuk SIAPA?????????

My Wedding







pentomen

jom tengok lagi

"12 BARISAN MANUSIA .. MENUJU KE AKHIRAT:- Barisan pertama: Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka". Barisan ke-2: Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu. Barisan ke-3: Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan. Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka. Barisan ke-4: Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal. Barisan ke-5: Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka. Barisan ke-6: Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu. Barisan ke-7: Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran. Barisan ke-8: Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka". Barisan ke-9: Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya. Barisan ke-10: Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya. Barisan ke-11: Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya. Barisan ke-12: Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Jom kita kongsi sama-sama

Solat Sunat Tahajjudwww.iLuvislam.comoleh: thaqif

Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud. Sabda Nabi saw:
أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)
Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.
Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)
Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:
ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)
CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD
- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)
- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)
Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.

SUNNAH TAHAJJUD
- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)
- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:
لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله

Kemudian ucapkan :
اللهم اغفرلى
(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)
Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)
- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)
- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)
- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)
- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 DiLNaSZ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.