Pengertian Iman
a.Iman dari sudut bahasa ialah percaya, aman dan amanah, manakala dari sudut istilah syarak membawa maksud tasdik (membenarkan) dalam hati berikrar (mengakui) dengan lidah dan beramal dengan anggota segala suruhan Allah dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.
b.Perkara-perkara yang wajib diimani (rukun iman) adalah:
i.Percaya kepada Allah. ii.Percaya kepada malaikat. iii.Percaya kepada kitab-kitab Allah.
iv.Percaya kepada rasul-rasul v.Percaya adanya hari kiamat. vi.Percaya kepada qadak dan qadar
c.Kesan daripada iman yang teguh:
i.Melahirkan seorang hamba Allah yang bertanggungjawab dan bertakwa.
ii.Menjadikan seseorang itu berani menegakkan keadilan dan kebenaran dimuka bumi ini.
iii.Timbul rasa dukacita dan benci melihat maksiat yang berleluasa.
Perkara2 Syirik
a.Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Percaya atau yakin bahawa sesuatu makhluk itu berkuasa memberi manfaat atau mudarat, boleh menghidup dan mematikan. Contohnya percaya kepada berhala, batu, kayu, haiwan tertentu, tangkal,azimat dan merasa dalam hati memiliki sifat-sifat kebesaran Allah.
b.Syirik itu terbahagi dua:
i.Syirik Jali iaitu syirik yang jelas pada perbuatan lahir sama ada perkataan atau perbuatan seperti menyembah berhala atau benda-benda lain yang dianggap berkuasa termasuklah memakai azimat dan membuang ancak.
ii.Syirik Khafi iaitu syirik yang tersembunyi iaitu
Riya' ertinya melakukan sesuatu dengan perasaan ingin dipuji dan dihargai oleh orang lain yakni
melakukan sesuatu bukan kerana Allah. Ujub' merasa megah dan kagum dengan diri sendiri.
Sum'ah, mahu kelebihan dirinya diketahui oleh orang lain.
c.Akibat perbuatan syirik
i.Terbatal iman. ii.Amalan-amalannya tidak diterima dan tidak mendapat pahala.
iii.Di akhirat nanti akan kekal dalam neraka.
d.Perbuatan syirik yang masih diamalkan:
i.Memakai tangkal atau azimat. ii.Menziarahi tempat-tempat yang dipercayai keramat untuk memohon
pertolongan. iii.Mengadakan upacara tertentu seperti mandi tolak bala.
Perkara2 Kufur
Kufur ialah tidak percaya kepada rukun-rukun iman dan ianya terbahagi kepada tiga jenis:
i.Kufur akidah- menolak rukun-rukun iman atau perkara-perkara ghaib yang wajib diimani.
ii.Kufur syariat- menolak dan mengingkari hukum-hukum syarak seperti solat dikatakan tidak
wajib, mengatakan hukum Islam itu kejam dan tidak boleh diamalkan.
iii.Kufur akhlak- melakukan larangan Allah atau meninggalkan suruhanNya. Termasuk dalam
kufur ini ialah kufur nikmat.
Perkara2 Riddah
a.Riddah pada bahasa membawa maksud mundur atau berpaling. Dari istilah syarak pula ia membawa maksud berpaling atau meninggalkan agama Islam, sama ada orang itu orang Islam yang asal atau orang itu menganut Islam, kemudian keluar meninggalkan Islam. Orang yang keluar meninggalkan Islam itu dinamakan murtad.
b.Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui tiga cara:
i.Murtad melalui niat atau qasad, iaitu seseorang itu berniat atau qasad yang sungguh-sungguh atau niat secara bermain-main hendak meninggalkan agama Islam ataupun berniat mempersenda-sendakan hukum-hukum Islam.
ii.Murtad melalui perkataan, iaitu seseorang berkata dengan sungguh-sungguh atau bermain-main hendak meninggalkan agama Islam atau sengaja mempersendakan atau mencela hukum Islam dengan perkataan.
iii.Murtad melalui perbuatan, iaitu seseorang itu dengan bersungguh-sungguh atau bermain-main melakukan perbuatan membesar-besarkan agama lain atau mempermain-mainkan atau mencela hukum.
c.Perkara-perkara yang wajib dilakukan ke atas orang murtad:
i.Disuruh bertaubat.
ii.Setelah tiga kali disuruh bertaubat tetapi tidak di peduli, wajib dijatuhkan hukuman bunuh.
d.Akibat ke atas orang murtad:
i.Wajib dijatuhkan hukuman bunuh jika degil dan tidak mahu bertaubat.
ii.Segala amalan semasa di dunia dihapuskan pahalanya. iii.Di akhirat kekal dalam neraka.
iv. Terbatal iman – soal kawin, sembelihan, pusaka dll
Firman Allah yang bermaksud: " Dan sesiapa yang keluar dari agamanya dan
ia mati dalam kekufuran itu, amalan mereka di dunia terhapus musnah dan
di akhirat mereka kekal menjadi penghuni neraka". Surah Al-Baqarah : ayat 217
e.Faktor-faktor yang boleh membawa kepada terbatal iman termasuk yang boleh membawa kepada syirik atau murtad ialah:
i.Kurang pengetahuan agama dan keimanan.
ii.Mudah terpengaruh dengan keduniaan.
iii.Lebih mengutamakan budaya dan adat resam daripada amalan Islam.
Perkara2 Khurafat
a.Khurafat membawa maksud kepercayaan karut yang bertentangan dengan penjelasan Al-Quran, As-Sunnah (hadis) dan ijtimak(pendapat) ulama.
b.Khurafat terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:
i.Khurafat yang tidak merosakkan akidah, iaitu khurafat berbentuk dongeng berkaitan dengan budaya
dan adat resam, tidak berkaitan dengan kepercayaan kepada Allah.
ii.Khurafat yang boleh membawa kepada merosakkan akidah. Contohnya pemujaan kepada sesuatu selain
daripada Allah, bersemah, atau membuang ancak.
c.Cara-cara untuk menghapuskan amalan khurafat:
i.Mendalami pengetahuan agama Islam dan mempertingkatkan iman.
ii.Menghapuskan tempat-tempat pemujaan .
iii.Menyeru dan menerangkan serta berdakwah secara lisan atau
menghasilkan risalah penerangan mengenai keburukan khurafat.
d.Akibat-akibat buruk daripada amalan khurafat:
i.Boleh membatalkan iman dan terkeluar daripada agama Islam
kerana perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
ii.Menyebabkan umat Islam mundur akibat dipengaruhi oleh
khayalan-khayalan untuk mendapatkan sesuatu atau menakutkan sesuatu.
iii.Menjadikan umat Islam berfikiran beku dan tidak wawasan untuk berusaha ke arah kemajuan.
iv.Mencetuskan pergaduhan apabila amalan khurafat itu digunakan untuk merosakkan orang lain.
v.Membawa kepada pembaziran.
Perkara2 Bid’ah
a.Bidaah bermaksud mengadakan sesuatu yang baru dalam agama dan berlainan daripada yang disyariatkan.
b.Bidaah di bahagikan kepada dua bahagian iaitu:
i.Bidaah dholalah yang bermaksud bida'ah yang sesat iaitu mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang tidak berlandaskan Al-Quran, sunnah dan amalan sahabat serta ijmak ulama.
Bidaah dholalah terbahagi kepada dua:
Bidaah haram, iaitu perkara yang dilakukan sebaliknya daripada apa yang sepatutnya
diwajibkan. Contohnya sepatutnya perkara-perkara urusan agama diketuai atau diputuskan oleh orang yang ahli dalam bidangnya, tetapi diputuskan oleh orang yang jahil.
Bidaah makruh, iaitu perkara yang dilakukan sebaliknya daripada apa yang sepatutnya disunatkan atau menambahkan perkara sunat, contohnya menghiasi masjid secara berlebih-lebihan.
ii.Bidaah hasanah, merupakan bida'ah yang baik, iaitu mengadakan sesuatu yang baru dalam agama pada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada orang ramai tanpa mengubah hukum syarak yang telah sedia ada.
Bidaah hasanah terbahagi kepada tiga bahagian:
Bidaah wajib, iaitu perkara-perkara yang perlu untuk menyempurnakan perkara yang sedia wajib pada syarak, seperti tindakan Khalifah Usman bin Affan membukukan Al-Quran.
Bidaah sunat, iaitu perkara yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan perkara yang sedia disunatkan pada syarak. Contohnya solat Tarawih berjemaah.
Bidaah harus, iaitu perkara-perkara yang tidak ditegah atau disuruh oleh syarak, atau dengan kata lain menambahkan perkara-perkara yang harus. Contohnya melazatkan makanan dan minuman.
iii.Perkara-perkara bida'ah, terutama yang haram atau Adalalah patut dijauhi supaya:
· Tidak merosakkan ibadat yang dilakukan.
· Amalan-amalan dalam Islam tidak bercampur aduk antara
perkara yang disuruh dengan perkara yang dilarang.
· Kita tidak hanya berpenat lelah melakukan ibadat tetapi akibat nya
pahalanya ditolak akibat melakukan perkara-perkara bida'ah itu.
Perkara2 Sihir
a.Sihir ialah ilmu atau perbuatan luar biasa yang berlaku pada orang fasik atau kafir.
b.Hukum mempelajari ilmu sihir adalah haram dan berdosa besar dan ianya boleh membawa kepada syirik.
c.Keburukan ilmu sihir:
i.Boleh membawa kepada menyekutukan Allah akibat dari menggunakan kuasa syaitan.
ii.Membinasakan diri sendiri akibat dihina dan dikutuk oleh ahli masyarakat.
iii.Dimasukkan ke dalam neraka yang kekal abadi jika mati belum sempat bertaubat atau
taubatnya tidak diterima Allah.
iv.Sihir adalah merupakan ajaran syaitan seperti firman Allah S.W.T.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan tetapi syaitan itulah
yang kufur, mereka mengajar ilmu sihir". Surah Al-Baqarah : ayat 102
d.Akibat mangamalkan perbuatan sihir:
i.Mengakibatkan batalnya iman kerana membawa kepada syirikkan Allah.
ii.Menjadi hamba syaitan bukan hamba Allah.
iii.Mati dalam kekafiran jika tidak sempat bertaubat atau taubatnya tidak diterima Allah .
Al-Nifaq (Munafik)
i.Al-Nifaq pada bahasa bermaksud melahirkan kebaikan tetapi menyembunyikan kejahatan. Dari segi istilah syarak pula, al-nifaq bermaksud berpura-pura beriman kepada Allah tetapi sebenarnya ingkar dan kufur kepada Allah.
ii.Tanda-tanda munafik itu ada empat.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang
ada keempat-empat perkara ini, bererti ia
sebenar-benarnya munafik. Siapa yang ada satu sifat ini
bererti ia ada satu ciri munafik sehingga ia tinggalkan
semuanya, iaitu apabila bercakap ia dusta. Apabila
diamanahkan ia khianat. Apabila berjanji ia mungkir.
Apabila berbalah ia melampaui batas".
f.Orang yang paling nyata munafiknya ialah orang yang berpura-pura beriman tetapi sebenarnya menjadi musuh kepada Islam lantaranmenyembunyikan kekufurannya.
g.Balasan di akhirat kelak bagi orang munafik ialah dia akan dicampakkan ke dalam neraka yang paling bawah sekali.
h.Perkara-perkara yang dilarang seperti sihir, khurafat, bida'ah dan lain-lain masih menjadi pegangan dan amalan masyarakat Islam kerana:
i.Sangat ghairah untuk mendapatkan keuntungan dunia yang nampak di depan mata.
ii.Tidak merasa akhirat yang kekal itu yang mesti menjadi rebutan.
iii.Nafsu ingin melepas geram dan dendam tanpa takut kepada balasan Allah.
iv.Iman yang sangat lemah dengan tidak usaha untuk mengukuhkan iman.
2 comments:
saya just nak tanya...pernahkah Rasulullah s.a.w. memakai azimat yang dibuatnya sendiri? apa hukumnya? saya amat2 runsing tentang ni, ini kerana bakal suami saya mempunyai azimat..yang dikatakan rasulullah s.a.w. juga pernah mempunyai azimat.. saya betul2 musykil tentang ni...tlglah jawab persoalan ni...e-mel saya strawberry_peach88@yahoo.com
berikan sekali bukti surah serta sunnah tentang hukum memakai tangkal/azimat...tlglah saya....
Catat Ulasan