Pada Tanggal 17 Ramadhan 1429 bersamaan 17 September 2008 juga sempena memperingati NUZUL AL-QURAN, Pasukan Kerja Pendidikan Islam Kinabatangan telah mengadakan Majlis Khatam Quran bagi sekolah-sekolah rendah yang mempunyai program J-qaf bagi peringkat Daerah Kinabatangan. Seramai lebih kurang 50 orang peserta yang mengikuti majlis ini.Program kami bermula dari jam 4 petang hingga jam 9 malam. Kami juga berbuka puasa bersama-sama dan menjalankan solat terawih bersama-sama.Majlis ini dirasmikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan Tuan Haji Suharpi Bin Lasuddang dan dihadiri oleh beberapa orang Guru Besar. Aku sebagai SU program ini banyak jugak la keje yang nak disiapkan sebelum program ini dijalankan. Tapi alhamdulillah program tersebut berjalan dengan lancar. Di sini jgak aku sertakan sedikit sebanyak gambar semasa program tersebut berlangsung.......Diharap program ini dapat diadakan pada masa-masa akan datang......
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
Setahun yang lalu
0 comments:
Catat Ulasan