Baru-baru ni aku telah adakan satu program untuk murid-murid tahun 6 kt sekolah aku..Program ni aku namakan program memperkasakan solat...Ini atas rasa tanggungjawab yang aku rasa terpikul atas bahu aku...Sebabnya masa kem motivasi ari tu, aku nampak budak-budak ni belum dapat menguasai sepenuhnya kebanyakkan bab2 dalam solat.Jadi, aku adakan program ni supaya diaorang dapat menguasai sepenuhnya dalam bab solat ni. Kalu Korang yang jadi cikgu, tahulah berapa sangat peruntukan masa yang diperuntukan untuk agama islam dalam seminggu. Mana nak ajar sirah, jawi, ibadat dan lain-lain.Kalu x peruntukkan masa khas untuk kita buat program macam ni, nescaya diaorang pergi ke sekolah menengah dengan tidak tahu sembahyang secara lengkapnya.Aku harap sesiapa yang berstatus ustaz ataupun ustazah dapat ambil perhatian dalam bab-bab yang macam ni....penting........................aku sertakan kat cn sedikit sebanyak gambar yang aku sempat ambil semasa program tersebut..
Kem memperkasakan solat
Baru-baru ni aku telah adakan satu program untuk murid-murid tahun 6 kt sekolah aku..Program ni aku namakan program memperkasakan solat...Ini atas rasa tanggungjawab yang aku rasa terpikul atas bahu aku...Sebabnya masa kem motivasi ari tu, aku nampak budak-budak ni belum dapat menguasai sepenuhnya kebanyakkan bab2 dalam solat.Jadi, aku adakan program ni supaya diaorang dapat menguasai sepenuhnya dalam bab solat ni. Kalu Korang yang jadi cikgu, tahulah berapa sangat peruntukan masa yang diperuntukan untuk agama islam dalam seminggu. Mana nak ajar sirah, jawi, ibadat dan lain-lain.Kalu x peruntukkan masa khas untuk kita buat program macam ni, nescaya diaorang pergi ke sekolah menengah dengan tidak tahu sembahyang secara lengkapnya.Aku harap sesiapa yang berstatus ustaz ataupun ustazah dapat ambil perhatian dalam bab-bab yang macam ni....penting........................aku sertakan kat cn sedikit sebanyak gambar yang aku sempat ambil semasa program tersebut..
Fikirkan
Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.
Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..
Nenek : "Mahu kemana?"
Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"
Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"
Atuk : "OK .."
Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"
Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"
Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"
Atuk : "Beres .. !!"
Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"
Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"
Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.
Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"
Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"
Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."
Siapa yang pelupa ?
12 Barisan manusia
Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".
Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.
Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.
Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.
Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.
Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.
Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.
Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".
Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.
Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.
Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.
Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"



