Batal Iman

Pengertian Iman

a.Iman dari sudut bahasa ialah percaya, aman dan amanah, manakala dari  sudut istilah syarak membawa maksud tasdik (membenarkan) dalam hati  berikrar (mengakui) dengan lidah dan beramal dengan anggota segala suruhan Allah dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang.

b.Perkara-perkara yang wajib diimani (rukun iman) adalah:

         i.Percaya kepada Allah.          ii.Percaya kepada malaikat.         iii.Percaya kepada kitab-kitab  Allah.

        iv.Percaya kepada rasul-rasul   v.Percaya adanya hari kiamat.      vi.Percaya kepada  qadak dan qadar

c.Kesan daripada iman yang teguh:

         i.Melahirkan seorang hamba Allah yang bertanggungjawab dan  bertakwa.

         ii.Menjadikan seseorang itu berani menegakkan keadilan dan kebenaran dimuka bumi ini.

        iii.Timbul rasa dukacita dan benci melihat maksiat yang berleluasa.

 

Perkara2 Syirik

a.Syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Percaya atau  yakin bahawa sesuatu makhluk itu berkuasa memberi manfaat atau  mudarat, boleh menghidup dan mematikan.  Contohnya percaya kepada berhala, batu, kayu, haiwan tertentu,  tangkal,azimat dan merasa dalam hati memiliki sifat-sifat kebesaran Allah.

b.Syirik itu terbahagi dua:

i.Syirik Jali iaitu syirik yang jelas pada perbuatan lahir sama ada perkataan atau perbuatan seperti menyembah berhala atau benda-benda lain yang dianggap berkuasa termasuklah memakai azimat dan membuang ancak.

         ii.Syirik Khafi iaitu syirik yang tersembunyi iaitu

         Riya' ertinya melakukan sesuatu dengan perasaan ingin dipuji dan dihargai oleh orang lain yakni   

         melakukan    sesuatu bukan kerana Allah. Ujub' merasa megah dan kagum dengan diri sendiri.

         Sum'ah, mahu kelebihan dirinya diketahui oleh orang lain.

c.Akibat perbuatan syirik

         i.Terbatal iman.      ii.Amalan-amalannya tidak diterima dan tidak mendapat pahala.

        iii.Di akhirat nanti akan kekal dalam neraka.

d.Perbuatan syirik yang masih diamalkan:

         i.Memakai tangkal atau azimat.      ii.Menziarahi tempat-tempat yang dipercayai keramat untuk memohon 

           pertolongan.     iii.Mengadakan upacara tertentu seperti mandi tolak bala.

 

Perkara2 Kufur

Kufur ialah tidak percaya kepada rukun-rukun iman dan ianya terbahagi  kepada tiga jenis:

         i.Kufur akidah- menolak rukun-rukun iman atau perkara-perkara ghaib yang wajib diimani.

         ii.Kufur syariat- menolak dan mengingkari hukum-hukum syarak  seperti solat dikatakan tidak   

            wajib, mengatakan hukum Islam itu kejam dan tidak boleh diamalkan.

        iii.Kufur akhlak- melakukan larangan Allah atau meninggalkan suruhanNya. Termasuk dalam

            kufur ini ialah kufur nikmat.

 

Perkara2 Riddah

a.Riddah pada bahasa membawa maksud mundur atau berpaling. Dari   istilah syarak pula ia membawa maksud berpaling atau meninggalkan  agama Islam, sama ada orang itu orang Islam yang asal atau orang itu  menganut Islam, kemudian keluar meninggalkan Islam. Orang yang keluar  meninggalkan Islam itu dinamakan murtad.

b.Seseorang itu boleh menjadi murtad melalui tiga cara:

i.Murtad melalui niat atau qasad, iaitu seseorang itu berniat atau qasad yang sungguh-sungguh atau niat secara bermain-main hendak meninggalkan agama Islam ataupun berniat mempersenda-sendakan hukum-hukum Islam.

ii.Murtad melalui perkataan, iaitu seseorang berkata dengan  sungguh-sungguh atau bermain-main hendak meninggalkan agama Islam atau sengaja mempersendakan atau mencela hukum Islam       dengan perkataan.

iii.Murtad melalui perbuatan, iaitu seseorang itu dengan bersungguh-sungguh atau bermain-main melakukan perbuatan  membesar-besarkan agama lain atau mempermain-mainkan atau  mencela hukum.

c.Perkara-perkara yang wajib dilakukan ke atas orang murtad:

         i.Disuruh bertaubat.

         ii.Setelah tiga kali disuruh bertaubat tetapi tidak di peduli, wajib dijatuhkan hukuman bunuh.

d.Akibat ke atas orang murtad:

         i.Wajib dijatuhkan hukuman bunuh jika degil dan tidak mahu  bertaubat.

         ii.Segala amalan semasa di dunia dihapuskan pahalanya.       iii.Di akhirat kekal dalam neraka.

        iv. Terbatal iman – soal kawin, sembelihan, pusaka dll

              Firman Allah yang bermaksud: " Dan sesiapa yang keluar  dari agamanya dan

              ia mati dalam kekufuran itu, amalan mereka di dunia terhapus musnah dan

             di akhirat mereka  kekal menjadi penghuni neraka". Surah Al-Baqarah : ayat 217

e.Faktor-faktor yang boleh membawa kepada terbatal iman termasuk yang  boleh membawa kepada syirik atau murtad ialah:

         i.Kurang pengetahuan agama dan keimanan.

         ii.Mudah terpengaruh dengan keduniaan.

        iii.Lebih mengutamakan budaya dan adat resam daripada amalan  Islam.


Perkara2 Khurafat 

a.Khurafat membawa maksud kepercayaan karut yang bertentangan  dengan penjelasan Al-Quran, As-Sunnah (hadis) dan ijtimak(pendapat)  ulama.

b.Khurafat terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

         i.Khurafat yang tidak merosakkan akidah, iaitu khurafat   berbentuk dongeng berkaitan dengan budaya

           dan adat resam, tidak  berkaitan dengan kepercayaan kepada Allah.

         ii.Khurafat yang boleh membawa kepada merosakkan akidah.    Contohnya pemujaan kepada sesuatu selain

daripada Allah,  bersemah, atau membuang ancak. 

c.Cara-cara untuk menghapuskan amalan khurafat:

         i.Mendalami pengetahuan agama Islam dan mempertingkatkan iman.

         ii.Menghapuskan tempat-tempat pemujaan .

        iii.Menyeru dan menerangkan serta berdakwah secara lisan atau

          menghasilkan risalah penerangan mengenai keburukan khurafat.

d.Akibat-akibat buruk daripada amalan khurafat:

         i.Boleh membatalkan iman dan terkeluar daripada agama Islam

          kerana perbuatan menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

         ii.Menyebabkan umat Islam mundur akibat dipengaruhi oleh

          khayalan-khayalan untuk mendapatkan sesuatu atau menakutkan sesuatu.

        iii.Menjadikan umat Islam berfikiran beku dan tidak wawasan untuk berusaha ke arah kemajuan.

        iv.Mencetuskan pergaduhan apabila amalan khurafat itu digunakan untuk merosakkan orang lain.

        v.Membawa kepada pembaziran.

Perkara2 Bid’ah

a.Bidaah bermaksud mengadakan sesuatu yang baru dalam agama dan  berlainan daripada yang disyariatkan.

b.Bidaah di bahagikan kepada dua bahagian iaitu:

i.Bidaah dholalah yang bermaksud bida'ah yang sesat iaitu  mengadakan sesuatu yang baru dalam agama yang tidak  berlandaskan Al-Quran, sunnah dan amalan sahabat serta ijmak ulama.

           Bidaah dholalah terbahagi kepada dua:

       Bidaah haram, iaitu perkara yang dilakukan sebaliknya daripada  apa yang sepatutnya

diwajibkan. Contohnya sepatutnya  perkara-perkara urusan agama diketuai atau diputuskan oleh orang yang ahli dalam bidangnya, tetapi diputuskan oleh orang yang jahil.

Bidaah makruh, iaitu perkara yang dilakukan sebaliknya daripada  apa yang sepatutnya disunatkan atau menambahkan perkara sunat, contohnya menghiasi masjid secara berlebih-lebihan.

ii.Bidaah hasanah, merupakan bida'ah yang baik, iaitu mengadakan sesuatu  yang baru dalam agama pada perkara yang mendatangkan kebaikan kepada  orang ramai tanpa mengubah hukum syarak yang telah sedia ada.  

          Bidaah hasanah terbahagi kepada tiga bahagian:

Bidaah wajib, iaitu perkara-perkara yang perlu untuk  menyempurnakan perkara yang sedia wajib pada syarak, seperti tindakan Khalifah Usman bin Affan membukukan Al-Quran.

Bidaah sunat, iaitu perkara yang perlu dilakukan untuk menyempurnakan perkara yang sedia disunatkan pada syarak.  Contohnya solat Tarawih berjemaah.

Bidaah harus, iaitu perkara-perkara yang tidak ditegah atau     disuruh oleh syarak, atau dengan kata lain menambahkan    perkara-perkara yang harus. Contohnya melazatkan makanan dan  minuman.

iii.Perkara-perkara bida'ah, terutama yang haram atau Adalalah patut dijauhi supaya:

·         Tidak merosakkan ibadat yang dilakukan.

·         Amalan-amalan dalam Islam tidak bercampur aduk antara

                            perkara yang disuruh dengan perkara yang dilarang.

·         Kita tidak hanya berpenat lelah melakukan ibadat tetapi akibat nya

                            pahalanya ditolak akibat melakukan perkara-perkara bida'ah itu.

Perkara2 Sihir

a.Sihir ialah ilmu atau perbuatan luar biasa yang berlaku pada orang fasik  atau kafir.

b.Hukum mempelajari ilmu sihir adalah haram dan berdosa besar dan ianya boleh membawa kepada syirik.

c.Keburukan ilmu sihir:

         i.Boleh membawa kepada menyekutukan Allah akibat dari  menggunakan kuasa syaitan.

         ii.Membinasakan diri sendiri akibat dihina dan dikutuk oleh ahli masyarakat.

        iii.Dimasukkan ke dalam neraka yang kekal abadi jika mati belum  sempat bertaubat atau

            taubatnya tidak diterima Allah.

        iv.Sihir adalah merupakan ajaran syaitan seperti firman Allah S.W.T.

              Firman Allah yang bermaksud: "Dan tetapi syaitan itulah

              yang kufur, mereka mengajar ilmu sihir". Surah Al-Baqarah : ayat 102

d.Akibat mangamalkan perbuatan sihir:

         i.Mengakibatkan batalnya iman kerana membawa kepada syirikkan Allah.

         ii.Menjadi hamba syaitan bukan hamba Allah.

        iii.Mati dalam kekafiran jika tidak sempat bertaubat atau taubatnya tidak diterima Allah .

Al-Nifaq (Munafik)

i.Al-Nifaq pada bahasa bermaksud melahirkan kebaikan tetapi  menyembunyikan kejahatan. Dari segi istilah syarak pula, al-nifaq bermaksud berpura-pura beriman kepada Allah tetapi        sebenarnya ingkar dan kufur kepada Allah.

ii.Tanda-tanda munafik itu ada empat.

              Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa yang

              ada keempat-empat perkara ini, bererti ia

              sebenar-benarnya munafik. Siapa yang ada satu sifat ini

              bererti ia ada satu ciri munafik sehingga ia tinggalkan

              semuanya, iaitu apabila bercakap ia dusta. Apabila

              diamanahkan ia khianat. Apabila berjanji ia mungkir.

              Apabila berbalah ia melampaui batas".

f.Orang yang paling nyata munafiknya ialah orang yang berpura-pura  beriman tetapi sebenarnya menjadi musuh kepada Islam lantaranmenyembunyikan kekufurannya.

g.Balasan di akhirat kelak bagi orang munafik ialah dia akan dicampakkan ke  dalam neraka yang paling bawah sekali.

h.Perkara-perkara yang dilarang seperti sihir, khurafat, bida'ah dan lain-lain  masih menjadi pegangan dan amalan masyarakat Islam kerana:

         i.Sangat ghairah untuk mendapatkan keuntungan dunia yang nampak di depan mata.

         ii.Tidak merasa akhirat yang kekal itu yang mesti menjadi rebutan.

        iii.Nafsu ingin melepas geram dan dendam tanpa takut kepada  balasan Allah.

        iv.Iman yang sangat lemah dengan tidak usaha untuk mengukuhkan  iman.


Kem memperkasakan solat






Baru-baru ni aku telah adakan satu program untuk murid-murid tahun 6 kt sekolah aku..Program ni aku namakan program memperkasakan solat...Ini atas rasa tanggungjawab yang aku rasa terpikul atas bahu aku...Sebabnya masa kem motivasi ari tu, aku nampak budak-budak ni belum dapat menguasai sepenuhnya kebanyakkan bab2 dalam solat.Jadi, aku adakan program ni supaya diaorang dapat menguasai sepenuhnya dalam bab solat ni. Kalu Korang yang jadi cikgu, tahulah berapa sangat peruntukan masa yang diperuntukan untuk agama islam dalam seminggu. Mana nak ajar sirah, jawi, ibadat dan lain-lain.Kalu x peruntukkan masa khas untuk kita buat program macam ni, nescaya diaorang pergi ke sekolah menengah dengan tidak tahu sembahyang secara lengkapnya.Aku harap sesiapa yang berstatus ustaz ataupun ustazah dapat ambil perhatian dalam bab-bab yang macam ni....penting........................aku sertakan kat cn sedikit sebanyak gambar yang aku sempat ambil semasa program tersebut..

Fikirkan

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ?

12 Barisan manusia



Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : "Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat". Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah "mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk." Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking "mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut "Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:
Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:
Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. Mereka adalah orang yg melakukan zina. Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita, melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:
Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. Mereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:
Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan. Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:
Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat. Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan. Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat. Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 DiLNaSZ |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net | Reviewed by Blogger Templates

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.